Friday, March 5, 2010

Yayasan Basmi Kemiskinan Ditegur Menteri Besar


Yayasan Basmi Kemiskinan ditegur secara baik oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim atas tindakanya yang tidak profesional dalam menjalankan tugas yang sepatutnya.

Menurut M.B Selangor itu, kerajaan negeri hanya meminta YBK lebih telus dalam urus tadbir kewangannya. Sepatutnya tidak timbul soal kerajaan negeri perlu memohon secara rasmi dalam mendapatkan laporan kewangan YBK. YBK sepatutnya mencontohi Lembaga Zakat yang menghantar laporan kewangan mereka kepada kerajaan negeri. Mereka secara sukarela menunjukkan aliran tunai mereka.

Perkara ini amat mustahak kerana kerajaan negeri perlu mengetahui dan mengenalpasti bahawa peruntukan dan sumbangan wang tersebut sampai kepada golongan sasaran. Menurut beliau lagi, segala peruntukan kepada YBK adalah bersumber dari kerajaan negeri oleh itu kerajaan negeri berhak mengetahui laporan kewangan YBK. Seperti sudah adat orang menerima mereka tahu berbahasa.

Tan Sri Khalid juga menyelar dakwaan Eksekutif YBK Zulhairi Jalaluddin bahawa kerajaan negeri tidak pernah memberikan peruntukan kepada YBK. Untuk mempuktikan dakwaan itu Khalid akan mengeluarkan satu laporan bertulis tentang segala bantuan yang diberikan kepada YBK.

YBK juga diharapkan supaya mengelak daripada bertindak atas kepentingan politik kepartian sebagaimana yang cuba dilakukan oleh Balkis, sebuah pertubuhan amal anjuran kerajaan negeri untuk isteri wakil rakyat selangor yang mana akan membawa kesan buruk yang merugikan pihak yang kurang ernasib baik.

No comments:

Post a Comment