Monday, March 29, 2010

Kemenangan Chua Soi Lek Cermin Barisan Nasional Binatang

28 Mac yang lalu kita dah saksikan satu fenomena yang jijik di Malaysia ni di mana Chua Soi Lek telah memenangi kerusi selaku Presiden MCA.

Fenomena yang berlaku ini diperlihatkan keadaan politik Barisan Nasional yang semakin meruncing membawa kepada kehancuran. Bagaimana seorang PORNSTAR(Pelakon Lucah) yang kini masih lagi aktif di dalam lakonannya itu.

Kita juga dapat lihat bahawa pemikiran dan keterbukaan minda orang-orang Barisan Nasional ini tidak lah begitu membanggakan, masakan orang-orang yang berkedudukan tinggi boleh mengangkat martabat seorang yang dipenuhi kotoran pada dirinya. Ini melambangkan MCA dan juga BN tidak menggunakan akal mereka sekaligus memberitahu kita bahawa BN kini tenat dan terdesak.

Rakyat tidak lagi menyokong kerajaan yang dipenuhi dengan kotoran-kotoran yang membawa padah ini. Rakyat sudah mulai membuka minda dalam mempertimbangkan keadaan politik tanah air selepas daripada melihat kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat.

Inilah yang berlaku apabila manusia itu bersikap seperti binatang, di mana mereka tidak dapat menilai antara permata dan najis,baik dan buruk, cantik dan hodoh maka terpilihlah calon yng sedemikian rupa.

Imej negara juga terjejas di mata dunia, di mana orang luar akan menilai bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mundur. Taraf pemikiran masih ditakuk yang lama tidak mahu berkembang.

Ketahuilah wahai semua bahawa ini semua adalah disebabkan percaturan politik UMNO-BN yang tamak haloba. Jangan biarkan diri kita tergolong didalam golongan seperti ini.

No comments:

Post a Comment