Thursday, March 4, 2010

Lagi Penipuan Noh Omar

Semalam dalam lebih kurang pukul 1130 malam aku lepak jumpa dengan sahabat karib aku dulu masa sekolah rendah. Nak dijadikan cerita dia ni merupakan rakan sejawatan Noh Omar semasa dia bekerja di MARA dulu. Macam-macam cerita pasal Noh Omar dia cerita kat aku, mula-mula aku susah juga nak percaya tapi bila dia da tunjuk bukti dokumen-dokumen tu aku pun dah sangsi dengan Noh Omar.

Masa dekat MARA dulu Noh Omar ni kerja sebagai Pegawai Perundangan,terlalu banyak penyelewengan yang dia buat. Antaranya dia memberi tawaran biasiswa pada kroni-kroninya walaupun mereka tidak layak. Noh Omar juga dapat melenyapkan hutangnya dengan MARA yang diperolehinya semasa dia belajar di Thames Universiti. Sebanyak RM100,000 hutang dia langsai begitu sahaja.

Noh ni jugak merupakan salah satu punca MARA bankrupt sekarang ni sebab dia berpakat dengan Bahagian Kewangan MARA supaya menukar rekod dan mengolahnya menjadikan ianya tidak benar. Bermula daripada dia ni la, rosak MARA dibuatnya. Segala aliran keluar masuk kewangan dia yang monitor. Difahamkan mengikut rekod dokumen yang ada kat aku ni, dia dah menyelewengkan lebih kurang RM3.6 juta duit MARA. Amalan ni bermula dari Noh sampai lah hari ini diumumkan bahawa MARA da bankrupt! Jadi korang sendiri mau fikir adakah orang macam ni yang kita percaya??

Dan sekarang ni dia nak tukar kotak ikan pulak. Bayangkan dulu dia selewengkan RM3.6 juta sekarang dia nak ambil berapa juta pulak dengan projek ikan ni. Sedar la Noh, kalau sekali dia berani buat macam tu, 1000 kali rakyat tak akan percaya kat dia(Noh) lagi dah. Berapa banyak lagi duit rakyat yang Noh nak kaut?

Banyak lagi rahsia dan nilai yang Noh Omar selewengkan cuma aku tak tengok secara detail lagi. InsyaAllah kalo ada lagi nilai yang terbaru aku akan update dekat korang sebab aku dah tak larat nak go through dokumen ni duk lepak ngan kawan aku tu sampai pukul 5 pagi tadi.

No comments:

Post a Comment