9 Mac Berita dari Utusan Malaysia menyiarkan satu temu bual bersama Noh Omar(Noh Kotik) yang kini hangat tentang isu kotak ikan dan perbalahannya bersama Datuk Yusoff dan Khir Toyo.
Noh Kotik yang sedaya-upaya di dalam temu bual tersebut menafikan segala tuduhan terhadapnya dan juga cuba berlagak seolah-olah dia ini hebat. Ternyata sikap bongkaknya yang begitu busuk di tunjukkan di dalam temu bual tersebut.
Berdasarkan temu bual itu juga Noh Kotik berjaya menonjolkan dirinya seolah-olah dia jauh lebih baik dari bekas Menteri Besar Selangor ,Khir Toyo. Sesungguhnya berdasarkan sejarah yang lepas, Noh Kotik ini adalah seorang yang tidak pernah mendapat kepercayaan dari mana-mana menteri apatah lagi pemberian projek-projek kepadanya. Jadi dengan itu, dia mengambil kesempatan untuk memperbodohkan menteri-menteri supaya mempercayainya. Namun tindakanya ternyata itu tidak membuahkan hasil , contohnya seperti kes Kotak Ikan. Noh mendapat tentangan yang amat hebat dari pemimpin-pemimpin lain.
Siapa yang nak percaya kepada orang yang tidak berakal seperti Noh Kotik ni??
Noh juga berkata "kemelut menteri Besar Perak, mereka menyalahakan mahkamah dan memanipulasi kes tersebut untuk meyakinkan rakyat bahawa mahkamah tidak betul," kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa akal Noh Omar terletak di lutut sebelah kirinya. Jika ditanya kepada seorang pelajar yang berumur 15 tahun pun dia tahu tentang kes ini. Mana ada di dalam dunia ini Menteri Besar dilantik oleh Mahkamah. Noh ini buta undang-undang.
Bagaimana seorang yang sebegini perangainya diberi kepercayaan untuk memimpin? Ternyata Noh Kotik ini seorang manusia bongkak tidak berpengetahuan, hanya mengikutkan nafsu sahaja.
Ayuh kita singkirkan Noh Kotik, supaya negara kita aman dan mempunyai pemimpin yang tidak bongkak sepertinya!!!!
No comments:
Post a Comment