UMNO dan MIC kini sedang hangat berbalah untuk meletakkan calon pada PRK Hulu Selangor 25 April nanti.
Media rasmi BN heboh mempamerkan cerita-cerita bahawa MIC yang akan bertanding pada PRK kali ini. Tapi keadaan sebenar tidak dihebohkan kepada orang ramai. Sebenarnya Najib ada agenda sendiri apabila membuat pengumuman sedemikian.
Buktinya di portal UTUSAN mengatakan bahawa Najib Pilih MIC atas sebab setiakawan. Jelas memperlihatkan bahawa Najib tiada pilihan lain untuk menjaga hati Samy Velu. MIC aka lebih marah apabila mengetahui hal yang sebenar iaitu agenda Najib.
Menurut satu sumber yang sahih, Najib sebenarnya telah merangka Plan A dan Plan B dengna MIC sebagai wayang dan boneka mereka untuk meraih hati pengundi. Plan A Najib adalah untuk membuat pengumuman penamaan semula tentang calon dari BN, tetapi keadaan ini bukanlah disengajakan. Untuk membuat satu senario yang lebih bermutu, Najib akan lakukan sesuatu terhadap calon MIC tersebut, contohnya apa yang terjadi pada Altantuya dan Teoh Beng Hock.
Dengan cara ini UMNO akan tetap dicalonkan sebagai wakil dari BN.
Plan B Najib adalah seperti biasa yang berlaku di mana-mana PRK sebelum ini iaitu dengan cara kotor contohnya seperti merasuah pegawai-pegawai SPRM, mensabotaj, undi pos, undi hantu dan pelbagai lagi cara kotor yang bakal kita lihat.
Apa yang diceritakan di dalam aritikel ini adalah benar sama sekali , maklumat tersebut disampaikan secara terus kepada blogger. Mari kita sama-sama saksikan apa yang bakal berlaku di PRK ini nanti.
No comments:
Post a Comment